Tempat Tinggal Pelajar di Melbourne

Di mana anda ingin tinggal?

Pilihlah sebuah daripada hartanah Iglu di bawah ini untuk mendapatkan tempat tinggal yang paling tepat dan sesuai bagi anda.

Bandingkan hartanah Iglu di Melbourne

Di mana anda berancang untuk belajar?

Dapatkan hartanah Iglu yang terbaik bagi anda dengan memilih tempat di mana anda ingin belajar.

Mengenai Iglu

Keseluruhan matlamat Iglu adalah untuk menawarkan para pelajar kemudahan hebat di lokasi mengujakan yang terletak senang dan berhampiran dengan universiti-universiti dan kolej-kolej utama di Brisbane, Melbourne dan Sydney.

Nikmatilah tempat tinggal pelajar yang mengujakan dan rekabentuk segar dengan pilihan pengangkutan, hiburan dan gaya hidup di luar pintu anda. Pangsapuri kami yang serba lengkap dan kemudahan hebat kesemuanya merupakan gabungan yang menjadikan Iglu lebih daripada sekadar sebuah tempat yang mengujakan untuk dihuni, kerana ia menjadikannya sebuah rumah tempat tinggal untuk didiami.

Rekabentuk Canggih

Rekabentuk adalah apa yang membezakan kami. Walaupun setiap hartanah Iglu adalah unik dari segi penampilannya, kesemuanya direka khusus dengan matlamat yang sama – iaitu untuk memaksimumkan ruang sedia ada, menambat sinaran cahaya semulajadi dan meningkatkan gaya hidup tradisi pelajar ke satu tahap yang sama sekali baru

  • Dibina khas bagi sebuah komuniti pelajar
  • Ruang belajar, sosial dan riadah yang inovatif dan fleksibel
  • Hiasan dalaman yang licik dan anggun dengan sentuhan kontemporari
  • Jika anda mencintai seni rekabentuk, Iglu pastinya tempat tinggal yang anda akan idami

Layanan Mesra

Kami memandang serius soal keselamatan dan ingin memastikan anda senantiasa berasa selamat di tempat kediaman anda. Selain menawarkan kawalan keselamatan 24/7, team mesra kami senantiasa bersedia untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan anda diutamakan sepenuhnya.

  • Akses kad imbas yang terkawal
  • Khidmat sokongan di luar waktu pejabat
  • Kegiatan sosial, akademik, sukan dan budaya yang kerap diadakan
  • Kesejahteraan anda adalah keutamaan kami

Inklusif Segalanya

Dengan hanya satu yuran mingguan ringkas yang merangkumi segalanya, menguruskan bajet anda sambil anda belajar dipermudahkan lagi di Iglu.

  • Ruang tempat tinggal yang siap dilengkapi sepenuhnya selain pelbagai kemudahan komunal
  • Sewa termasuk semua utiliti (air, elektrik dan gas)
  • Internet tanpa wayar dan tanpa had berkelajuan tinggi yang percuma
  • Kegiatan yang kerap diadakan dan akses kepada khidmat sokongan di lokasi tempat tinggal 24/7