10 Tips untuk Permohonan Visa Pelajar yang Hebat
Sebagai negara yang menempatkan beberapa universiti terulung dunia beserta gandingan iklimnya yang hebat, tidak menghairankanlah bila Australia amat dikejari pelajar dari serata pelusuk dunia sebagai destinasi pelajaran pilihan mereka. Jika anda berfikir untuk melanjutkan pengajian anda di luar negara ke Australia bagi penempatan Universiti anda, anda sudah pastinya tidak bersendirian. Dan walaupun proses permohonan visa telah menjadi jauh lebih mudah dan lebih senang untuk diuruskan baru-baru ini, terdapat beberapa cara untuk memastikan agar permohonan visa anda akan berjalan dengan selancar mungkin. Berikan anda peluang untuk mendahuluinya dengan senarai semak ringkas berikut.
1. Pastikan anda memenuhi syarat-syarat awal
Walaupun ia mungkin kelihatan jelas, namun begitu terdapat beberapa perkara asas yang perlu dipenuhi terlebih dahulu contohnya kecekapan berbahasa Inggeris, kestabilan kewangan dan pencapaian akademik. Para pegawai berkenaan juga akan memerlukan jaminan bahawa anda adalah seorang kemasukan sementara tulin (Genuine Temporary Entrant) (GTE) dan berniat untuk pulang kembali ke tanahair bila pengajian anda selesai nanti. Sila periksa di sini untuk menyemak kelayakan anda.
2. Adakah institusi anda berdaftar dengan CRICOS?
Institusi yang dipilih bagi pelajaran anda harus sudah berdaftar secara rasmi sebagai sebuah penyedia pendidikan bagi pelajar luar negara. Peruntukan penyenaraian ini dikenali sebagai Daftar Institusi dan Kursus Komanwel bagi Pelajar Antarabangsa (Commonwealth Register of Institutions and Courses for Overseas Students) (CRICOS). Jika institusi anda tidak terkandung di dalam senarai ini, permohonan visa anda akan menjadi tidak sah.
3. Adakah anda menggunakan prosedur permohonan yang betul?
Pastikan permohonan anda menepati proses yang dikehendaki institusi individu anda. Ada yang memerlukan kemasukan khusus melalui sebuah ajen, manakala ada pula yang bersedia untuk menerima permohonan terus. Jika terdapat sebarang kemusykilan, hubungi mereka secara langsung untuk mendapatkan panduan.
4. Pastikan kursus pilihan anda sesuai dengan syarat-syarat keperluan visa
Syarat-syarat visa pelajar luar negeri mengehendaki seseorang pelajar untuk sekurang-kurangnya berdaftar dalam sebuah kursus yang berjalan untuk minimum 3 bulan dan tertakluk kepada tahap pendidikan tertentu. Bukti mesti disediakan bahawa kursus berkenaan dianggap sebagai kursus sepenuh masa.
5. Sudahkah anda menerima CoE anda?
Sebelum memohon visa anda, pastikan bahawa anda sudah selesai kursus kemasukan anda dan sudah menerima Pengesahan Kemasukan (Confirmation of Enrolment) (CoE). Anda akan memerlukan rujukan ini bagi permohonan visa anda sebagai bukti penerimaan ke dalam kursus anda.
6. Buatkan pemeriksaan kesihatan
Visa anda mengehendaki anda untuk memenuhi keperluan kesihatan tertentu. Ini mungkin bererti bahawa sebuah pemeriksaan kesihatan diperlukan, khususnya jika anda datang dari sebuah negara di mana terdapat masalah kebimbangan kesihatan awam. Jika anda fikir perkara ini mungkin berkaitan dengan anda, anda boleh menjimatkan masa dengan membuatnya terlebih dahulu. Anda juga mungkin diperlukan untuk mengambil insuran kesihatan sepanjang tempoh masa pengajian anda. Ia boleh diperolehi daripada senarai penyedia Australia yang diluluskan.
7. Bersiap sedia
Pastikan anda sudah bersiap sedia dengan segalanya dalam tangan anda sebelum anda membuat permohonan anda supaya anda boleh mendaftar masuk ke dalam akaun immi anda dan mengisi keperluan permohonan anda dengan sekaligus sahaja. Pastikan anda menyimpan salinan digital selain salinan fotokopi kesemua dokumentasi anda, supaya anda senantiasa boleh mengakses apa yang anda mungkin perlu. Semak dan periksa dan semak dan periksa sekali lagi untuk mengelakkan berlakunya sebarang kesilapan kecil – ia memang tidak berguna jika terdapat sesuatu yang bakal melambatkan proses permohonan berkenaan. Sila periksa di sini untuk memastikan anda mempunyai semua dokumentasi anda.
8. Bersedia bersedia bersedia
Sama seperti bila anda memohon kerja, bahagian temuramah merupakan tahap kritikal di mana segalanya akan bergantung akhirnya. Yakinkan diri anda bahawa permohonan anda sudah dilengkapkan sepenuhnya dan bersiap sedialah untuk menjawab sebarang soalan. Ia mungkin meliputi soal mengapa anda mahu belajar di Australia, mengenai kursus yang khusus dipilih anda, bagaimana anda akan menguruskan kewangan anda dan apakah rancangan anda seterusnya. Cubalah beberapa ujian latihan terlebih dahulu dengan kawan-kawan atau ahli keluarga anda supaya anda akan berasa yakin dan santai pada hari temuduga.
9. Adakah pasport anda masih ada ruang halaman mencukupi?
Walaupun visa itu sendiri hanya akan mengambil satu ruang halaman sahaja, anda akan memerlukan sekurang-kurangnya 4-6 mukasurat kosong kerana kalau tidak anda mungkin akan dikehendaki untuk memperbaharui pasport anda sebelum visa berkenaan boleh diluluskan. Ini akan melambatkan lagi proses berkenaan selain menambah kos ke atas perbelanjaan tersebut.
10. Pastikan anda merancangkan luangan sebanyak masa yang perlu
Prosedur pentadbiran visa sememangnya tidak boleh dijangka biarpun dalam keadaan terbaik, dan jika visa tersebut tidak diluluskan dalam tempoh masa yang dikehendaki, anda tidak akan boleh memulakan kursus anda. Ia merupakan proses yang jauh lebih menyenangkan jika anda merancangkan luangan sebanyak masa yang perlu untuk mengambil kira sebarang kelewatan dan pindaan – daripada berasa tertekan disebabkan kesuntukan masa bila tempoh permulaan Semester semakin hampir.
Dan sekarang, rilekslah dahulu! Anda sudah pun membuat segalanya yang anda boleh dalam proses permohonan berkenaan. Sambil anda menunggu keputusannya, ia merupakan peluang masa yang baik untuk mula berfikir tentang di mana anda mahu tinggal. Sila rujuk nasihat kami tentang apa yang anda patut pertimbangkan mengenai soal tempat tinggal pelajar, atau dapatkan maklumat lanjut tentang lokasi Iglu kami di Brisbane, Melbourne dan Sydney.