Apa Yang Anda Patut Cari dalam Tempat Tinggal Pelajar

Adakah ia mustahak bagi anda untuk berada berhampiran dengan universiti, atau adakah anda bersedia untuk nenempuh perjalanan ke kampus setiap hari? Adakah anda menikmati manfaat sebuah komuniti individu yang berfikiran sehaluan di sekeliling anda atau adakah anda lebih suka bersendirian? Adakah ia lebih menggembirakan bagi anda untuk memiliki kemudahan tertentu sahaja atau adakah kemudahan dan akses sesuatu yang tidak boleh ditolak ansur? Kita semua mempunyai keperluan dan kemahuan yang berbeza, dan apa yang mungkin sesuai bagi seseorang mungkin tidak masuk akal bagi orang lain.

Berikut adalah 6 perkara untuk dipertimbangkan yang boleh membantu anda untuk membuat keputusan tentang apa sebenarnya yang anda sedang cari – anda apa yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan anda.

1. Lokasi

Jika anda tahu anda jenis pelajar yang tidak semestinya menggunakan masa yang mencukupi untuk bergerak ke kuliah, atau menikmati kemudahan untuk mendapatkan segalanya di luar pintu anda sahaja, jadi lokasi akan menjadi salah satu perkara pertimbangan yang utama. Berada di tempat yang berhampiran dengan sistem pengangkutan dan kemudahan bererti anda akan memiliki kehidupan yang lebih menyenangkan – dan lebih banyak masa untuk menikmati detik-detik yang terluang antaranya.

2. Perasaan semangat komuniti

Perasaan semangat yang dikongsi sebagai sebahagian daripada sebuah komuniti akan menjadi salah satu aspek yang paling menyeronokkan sewaktu anda berada di universiti. Hidup dan belajar bersama para individu lain yang sehaluan dengan anda akan menghasilkan pengalaman, kenangan dan peluang untuk menjalinkan rangkaian kenalan yang berpanjangan. Mencapai keseimbangan antara waktu belajar sepi yang mencukupi dan peluang untuk melepaskan perasaan akan menciptakan gandingan waktu bekerja dan bersosial yang pasti sempurna.

3. Keselamatan Diutamakan

Ianya amat penting untuk berasa selamat dan terjaga dalam kediaman baru anda yang terletak jauh dari kampung halaman. Pastikan pilihan tempat tinggal anda mempunyai langkah-langkah keselamatan sedia ada, seperti CCTV, bantuan 24/7 di lokasi dan kemasukan dengan kunci keselamatan yang terkawal.

4. Sahabat dan Teman

Adakah anda lebih suka tinggal dalam ruang anda sendiri? Adakah anda ingin berkongsi ruang tempat tinggal anda dengan sahabat-handai anda, atau mungkin mula berkenalan dengan kawan-kawan baru? Buatlah keputusan tentang pilihan anda kemudian fikirkan bagaimana ia boleh dipenuhi. Jangan berasa tertekan untuk melakukan apa yang kawan-kawan anda mungkin akan buat, ini adalah peluang bagi anda untuk membuat pilihan anda sendiri.

5. Manfaat Membina Kehidupan Baru

Jika anda ingin menyelami kehidupan di universiti, lihatlah apa tawaran yang ada yang akan membantu anda untuk membina kehidupan baru dan melibatkan diri di dalamnya. Adakah terdapat acara atau aktiviti berjadual yang menggalakkan komuniti di situ untuk berkumpul bersama? Bagaimana anda boleh bertemu dengan rakan sekuliah? Pertimbangkan juga apa jenis sokongan yang disediakan untuk waktu ketika bila kehidupan anda mungkin tidak berjalan selancar yang anda ingini.

6. Bajet

Ia juga penting untuk memahami apa sebenarnya yang anda boleh mampu. Pastikan anda membaca syarat-syarat kecil dengan teliti dan periksakan apa yang termasuk sekali, misalnya utiliti dan penggunaan wi-fi untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini bila bil anda tiba.

Jenis-Jenis Tempat Tinggal

Walaupun terdapat tanggapan yang memberi gambaran bahwa maklumat sedia ada amat mengelirukan, namun pilihan tempat tinggal sebenarnya sangat mudah untuk difikirkan bila anda sudah membuat keputusan tentang apa yang anda mahu. Bila anda sudah mengenal pasti apa yang paling sesuai bagi keperluan anda, anda boleh terus memberi fokus kepada sektor khusus tersebut. Mari kita ringkaskan.

Dalam kampus

Kebanyakan universiti memiliki tempat tinggal mereka sendiri. Ia biasanya berada di dalam atau sangat berhampiran dengan kampus dan biasanya mempunyai kakitangan universiti yang tinggal bersama di situ. Anda boleh memilih daripada sejumlah pilihan tempat tinggal bersendirian atau berkongsi, malah anda juga boleh memilih tempat tinggal di mana semua makan akan disediakan untuk anda. Walaupun pilihan ini kurang menawarkan kebebasan sepenuhnya, namun ia membawa bersamanya sebuah persekitaran sosial yang sedia terbina dengan semua pelajarnya dari universiti sama – yang juga bererti terdapat berbagai kegiatan untuk memenuhi perhatian anda sepanjang masa. Beberapa pilihan dalam kampus mempunyai beberapa peraturan dan syarat-syarat, jadi pastikan anda memeriksanya terlebih dahulu juga.

Luar kampus

Jika anda suka idea untuk disokong individu lain yang berfikir sehaluan dengan anda tetapi anda lebih suka untuk berjauhan daripada untuk memanfaatkan kehadiran sokongan individu lain setiap hari, Tempat Tinggal Pelajar yang Dibina Khas (Purpose Built Student Accommodation / PBSA) seperti Iglu adalah pilihan untuk anda. Dengan mengabungkan tawaran kebebasan dalam persekitaran yang selamat dan terkawal, PBSA adalah tepat bagi mereka yang menikmati kemesraan teman pelbagai individu di samping pilihan kemudahan dan peluang sosial meluas. Biasanya ditempatkan di lokasi hebat, PBSA menawarkan kemudahan dan akses kepada seluruh bidang cakupan kehidupan pelajar.

Sewa Sendiri

Jika anda lebih suka untuk bebas bermandiri daripada rumah dan universiti, terdapat pilihan tradisi untuk menyewa sebuah rumah secara bersendirian atau dengan kawan-kawan. Ini akan melibatkan tanggungan tanggungjawab anda sendiri bagi perjanjian penyewaan (biasanya untuk minimum setahun) selain memohon langganan penyedia utiliti misalnya telefon, internet, elektrik dan gas.

Rumah Kongsi

Bagi mereka yang lebih suka menikmati kelompok kawan dan sahabat handai yang lebih kecil, menyewa sebuah bilik dalam rumah kongsi sedia ada juga merupakan satu pilihan. Ia merupakan cara baik untuk bertemu dengan kenalan baru dan membenarkan kebebasan sepenuhnya tanpa perlu menggalas tanggungjawab perjanjian penyewaan.

Ingin tinggal di Iglu?