Sebab-Sebab Utama untuk Belajar di Australia
Jadi anda akan melangkah ke Universiti dan sedang berfikir untuk belajar di luar negara? Memang banyak yang perlu dipertimbangkan ketika anda memilih hala tuju seterusnya kerana ia bukan sekadar soal memilih sebuah kursus sahaja. Dengan kehadiran kelompok pelajar antarabangsa sedia ada yang signifikan, Australia sudah sekian lama menjadi destinasi popular bagi pengajian di luar negara di samping UK dan Amerika Syarikat – dan ia semakin digemari kerana proses permohonan visanya yang agak mudah.
Dengan hanya memerlukan pengesahan kemasukan kursus, bukti keselamatan kewangan dan kemahiran berbahasa Inggeris yang diluluskan sebelum sesebuah Visa boleh dikeluarkan, kaedah peralihan yang sebegini senang memang merupakan tarikan hebat bagi ramai pemohon. Tambahan pula, para pelajar amat tertarik kepada keperibadian perwatakan Aussie yang mesra dan santai, taraf kehidupan yang tinggi dan hasil pendidikan yang cemerlang, di samping pelbagai manfaat lain yang ditawarkan.
Namun begitu, terdapat lebih banyak lagi perkara selain daripada ini yang menjadikan Australia salah satu destinasi pilihan 3 terulung bagi meneruskan pengajian tinggi. Dan berikut adalah sebabnya.
1. Gaya hidup Aussie
Australia sememangnya sekian lama menjadi lokasi menawan bagi pelajar antarabangsa, terutamanya kerana gaya hidup pantainya yang terkemuka dan cuacanya yang disinari mentari sepanjang masa. Lebih-lebih lagi bila ia diiringi pemandangan indah yang menakjubkan, kepelbagaian kehidupan liarnya dan peluang meluas untuk mengembara, ianya semua memang masuk akal. Dengan faktor taraf kemudahan kehidupan tinggi yang membanggakan di setiap bandaraya Australia, anda boleh mengharapkan pendidikan, penjagaan kesihatan dan prasarana berwibawa yang kuat selain rangkaian pengangkutan awam, kestabilan sosial dan latarbelakang kepelbagaian budaya yang cemerlang.
Daripada hutan hujan ke terumbu karang, dari bandar ke desa, inilah tanah bumi yang memiliki sedikit daripada segala yang ada – termasuklah rakyat yang sangat ghairah dengan semangat penerimaan dan keinginan untuk berkongsi semua perkara Aussie. Australia secara konsisten menyampaikan taraf mutu kehidupan yang luarbiasa dengan cuaca yang sepadan dengannya. Ia merupakan persekitaran yang sempurna untuk menyesuaikan diri anda dengan kehidupan baru dan bagi menikmati zaman pelajar anda dengan sepenuhnya.
2. Pengiktirafan Global
Australia menyampaikan salah satu sistem pendidikan terbaik di dunia, dan bila anda pulang kembali ke tanahair dengan segulung ijazah Australia, ia menjanjikan laluan gemilang ke arah kejayaan cemerlang dalam kerjaya anda. Tetapi walaupun tangga kedudukannya adalah ukuran yang penting untuk diambil kira sewaktu memilih sesebuah Universiti, ia tidak sepatutnya dipertimbangkan secara berasingan apabila anda membuat keputusan akhir anda. Sesetengah universiti mungkin memiliki markah keseluruhan yang tinggi dalam tangga kedudukan globalnya, tetapi mereka tidak semestinya menjadi pilihan terbaik bagi kursus tertentu anda.
Kesemua anggota Universiti Kumpulan Lapan (Group of Eight) Australia kini menduduki senarai 150 Universiti (2019) terulung dunia, dengan Universiti Melbourne diletakkan dalam kumpulan 10 terulung bagi Undang-Undang. Sama juga seperti di negara-negara lain, terdapat institusi-institusi elit yang sangat disegani berdasarkan reputasinya sahaja, misalnya Russell Group UK dan Ivy League Amerika Syarikat. Teliti dahulu kolej mana yang menawarkan pilihan terbaik bagi kursus anda kemudian pertimbangkannya dengan mengambil kira semua faktor lain yang bergerak seiring dengan soal kehidupan pelajar contohnya gaya hidup dan kemampuan.
3. Struktur Kursus
Australia menawarkan pelbagai pilihan kursus institusi dan pendidikan jadi ia tidak menjadi masalah untuk mencari satu yang benar-benar sesuai dengan anda. Tambahan pula, ia agak mudah untuk bergerak antara institusi sekiranya pilihan anda kurang memuaskan. Dengan reputasi yang diiktiraf dunia bagi inovasi dan kemajuan, Australia memiliki fasiliti yang tiada tandingannya bagi penyelidikan, pengajaran dan latihan dengan komitmen berpanjangan dalam menawarkan pendidikan berkualiti.
Kursus-kursus distruktur untuk menyokong pilihan subjek anda dari awal lagi. Di luar Australia, adalah menjadi kebiasaan untuk menjumpai kursus yang bermula dengan pelbagai subjek. Ia memerlukan anda untuk meluaskan pelajaran anda merentasi pelbagai displin sebelum tumpuan pilihan anda boleh dibuat, dan ini berbeza dengan kaedah di mana anda bermula dengan pemilihan subjek tunggal sahaja. Jadi, jika anda sudah membuat keputusan dan tidak sabar untuk memulakan pengajian dalam bidang pilihan anda, Australia merupakan pilihan yang paling nyata.
4. Pengukuran
Ia berguna untuk memahami bagaimana prestasi anda akan diukur sebelum anda membuat komitmen kepada sesebuah Universiti, kerana anda mungkin mendapati bahawa sesebuah sistem tertentu lebih serasi dengan metode pembelajaran anda. Institusi Australia lebih cenderung ke arah mendokong sebuah pendekatan meluas terhadap pengukuran prestasi yang menggabungkan hasil keputusan penilaian individu sepanjang keseluruhan semester dengan tempoh-tempoh peperiksaan berkala. Apa yang diingini adalah agar pelajar boleh menangani beban kerja mereka secara mandiri, dengan sokongan kuliah syarahan dan tutorial dalam kumpulan-kumpulan kecil.
Sistem ini menyampaikan peluang untuk membangukan pemikiran kritikal dalam sebuah persekitaran yang disokong, dengan peluang untuk menilai pemahaman sepanjang tempoh pengajian. Dalam institusi-institusi di Amerika Syarikat, kebanyakan tugasan kursus akan menyumbang kepada markah akhir dengan peperiksaan tradisi menjadi salah-satu faktor dalam hasil keputusan berkaitan. Di UK, ia berbeza lagi, dengan hasil pencapaian yang lebih bergantung kepada peperiksaan atau karangan akhir berbanding dengan tugasan kursus.
5. Yuran
Sebagai seorang pelajar antarabangsa, sudah semestinya terdapat beberapa soal kewangan yang harus diambil kira, misalnya yuran tuisyen yang tinggi selain pembiayaan kos kehidupan yang perlu dibelanjakan sewaktu anda tinggal berjauhan dari rumah keluarga. Kehidupan di bandaraya boleh menjadi mahal, tetapi jika anda berupaya mematuhi sebuah bajet dan bersedia untuk membuat keputusan dengan cermat dan berhati-hati, mana sahaja yang anda pilih untuk belajar akan menjadi pilihan yang berdaya maju.
Secara keseluruhannya, ia lebih murah untuk belajar di Australia berbanding dengan institusi yang setanding di UK dan Amerika Syarikat, dengan kelebihan kemungkinan terdapat biasiswa yang disediakan untuk menampung kos. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang yuran-yuran yang bakal perlu dibayar sebagai seorang pelajar antarabangsa di Australia, sila klik di sini.
6. Keupayaan Bekerja
Bagi pelajar yang ingin menambah pendapatan mereka dengan bekerja, visa Pelajar Antarabangsa membenarkan anda untuk bekerja selama 20 jam seminggu dalam tempoh semester, dan selama 40 jam sewaktu tempoh bercuti. Ia merupakan cara hebat untuk meringankan beban sara hidup, menyelami persekitaran anda dan memperolehi pengalaman kerja yang relevan kepada subjek ijazah anda. Dengan gaji lumayan pada kadar AUD$18.93 sejam – berbanding AUD$10.38 sejam di Amerika Syarikat dan AUD$10.95 sejam di UK, pemilihan Australia bagi pengajian Universiti anda tidak perlu difikirkan lagi.