Panduan bagi Ibu Bapa di Luar Negara: Apa yang boleh dijangka

Dengan waktu kemasukan universiti semakin hampir tiba, terdapat perubahan ketara yang perlu dihadapi bukan sahaja oleh para bakal pelajar, tetapi juga kesemua ahli keluarga di sekeliling mereka.

Ia merupakan tempoh peralihan bagi semua yang terlibat, dan dengan begitu banyak maklumat dan nasihat yang perlu difikirkan, ia mungkin akan mula berasa terlalu mendesak dan terdapat terlampau banyak perkara untuk diambil kira. Dan ini termasuklah bagi para ibu bapa juga! Sokongan dan minat perhatian anda amat berharga dalam tempoh masa ini, dan sebuah suasana persekitaran yang stabil dan tenteram di rumah boleh menyampaikan sumbangan bererti dalam membantu anak anda untuk bersiap sedia bagi menghadapi perubahan yang bakal tiba.

Baik sama ada mengajar mereka memasak, membeli-belah dengan mematuhi sebuah bajet atau belajar cara bagaimana untuk menggunakan mesin pembasuh, ada banyak yang boleh dilakukan ibu bapa untuk memastikan peralihan ini menjadi pengalaman yang mudah dan lancar. Melibatkan diri dengan mengkaji selidik universiti dan kursus, pilihan tempat tinggal dan permohonan visa adalah cara yang baik untuk tetap melibatkan diri dalam proses berkenaan dan memahami laluan berbeza yang ada.

Tetapi jika anda berasa agak keliru dengan segalanya, jangan bimbang, anda tidak bersendirian. Berikut adalah apa yang anda perlu ketahui.

Mengapa Australia?

Australia terkenal dengan cuaca dan gaya hidupnya yang hebat, tetapi keutamaan pertama anda pastinya berlegar pada soal kawalan penjagaan dan keselamatan – khususnya jika anak anda berancang untuk melanjutkan pengajian di luar negara.

Di sini di Australia, anda berada di dalam keadan yang sungguh selamat. Sebagaimana diiktiraf secara rasmi dalam laporan tahunan terkini The Economist, kedua-dua Sydney dan Melbourne sekali lagi ditempatkan pada tangga kedudukan 10 tertinggi dalam kalangan kotaraya paling selamat di dunia. Statistik ini mengukur semua perkara dari soal pendidikan dan kesihatan, kepada persekitaran dan prasarana – selain mengambil kira sejauh mana sesebuah bandaraya boleh menangani gangguan kehidupan bandar. Bila faktor kelebihan budaya dan manfaat persekitaran diambil kira, kedua-dua Sydney dan Melbourne juga diketengahkan dalam kedudukan 3 tertinggi bagi bandaraya yang paling mudah tinggal di dunia.

Pada tahap yang lebih asasi pula, para ibu bapa boleh berasa lebih yakin bila mereka menyedari bahawa kebanyakan institusi pendidikan Australia akan menempatkan keselamatan komprehensif di dalam kampus untuk memastikan keselamatan para pelajar dan kakitangan sekalian tetap terjaga. Malah kelebihan-kelebihan ini tidak berhenti di sini sahaja! Dengan diiktiraf sebagai memiliki sebuah sistem pendidikan yang paling hebat di dunia, Australia juga menawarkan pelbagai kursus dan juga kemudahan penyelidikan, latihan dan pengajaran. Para pelajar yang baru masuk diberi khidmat sokongan yang sungguh baik semasa Minggu Orientasi di mana mereka akan diberi peluang hebat untuk menyertai kelab-kelab dan persatuan-persatuan berpandukan minat semasa atau baru mereka, manakala pendekatan kehidupan sihat juga digalakkan dan disokong dari segi diet dan senaman.

Dan dengan limpahan keindahan alam dan landskap semulajadi yang ditawarkan, persekitaran alam luar sahaja merupakan sebab yang mencukupi untuk memilih Australia dengan peluang meluas untuk menjelajah dan mengembara dalam musim cuti.

Tempat tinggal jenis apa?

Terdapat pelbagai jenis tempat tinggal pelajar yang ditawarkan bagi memenuhi pelbagai keperluan berbeza. Sebagai ibu bapa, anda akan lebih mengetahui keperluan anak anda dan boleh membantu dalam memandu fikiran mereka kepada pilihan yang paling sesuai. Mula-mula sekali, ia merupakan idea baik untuk mengenal pasti apakah keperluan-keperluan mereka dari segi lokasi, pengangkutan, kemudahan dan keselesaan. Bila anda sudah meringkaskan perkara-perkara ini, anda bolehlah memulakan proses untuk memeriksa pilihan yang ada.

  • Sewa sendiri: Terdapat banyak pilihan rumah atau sewaan kongsi yang sedia ada. Ini akan membolehkan para pelajar untuk mengendalikan urusan tempat tinggal mereka secara peribadi dan berasingan sama sekali dan meletakkan tanda pemisah bagi kehidupan mereka daripada persekitaran universiti.
  • Tempat tinggal sendiri dengan kelebihan keselamatan tambahan: Bagi pelajar yang menikmati kehidupan bersendirian tetapi masih mahukan persekitaran yang selamat dan terkawal, terdapat banyak pilihan tempat tinggal sedia ada yang dibina khas seperti Iglu. Tempat-tempat ini juga memiliki manfaat kehadiran sebuah komuniti pelajar yang sudah terangkum di dalam tapak-tapak berkenaan.
  • Dalam kampus: Jika anda fikir ia lebih elok bagi anak anda untuk tinggal sedekat mungkin dengan kampus, beberapa Universiti menawarkan pilihan tempat tinggal sedia ada di tempat-tempat mereka.

Yang paling mustahak sekali, sebagai ibu bapa anda mahu jaminan sepenuhnya bahawa keselamatan dan penjagaan para pelajar merupakan perkara terpenting yang diutamakan.

Mengapa pilih Iglu?

Iglu menyampaikan cadangan syor tempat tinggal yang unik bagi pelajar di mana kami berfikir dari sudut pandangan ibu bapa dan bertindak bagi pihak pelajar. Dengan soal keselamatan pelajar di kemuncak agenda kami, kami faham bahawa ibu bapa mahukan anak mereka untuk memiliki pengalaman pelajar sepenuhnya – tetapi untuk mengetahui juga bahawa mereka senantiasa berada dalam jagaan yang selamat dan terkawal. Dan di sinilah di mana Iglu memainkan peranannya. Tempat tinggal Iglu menjambatani jurang antara rumah keluarga dan kebebasan sepenuhnya, baik sama anda memilih sebuah pangsapuri berkongsi atau tempat tinggal peribadi.

  • Keselamatan: Dengan keselamatan 24/7, kemasukan keselamatan terkawal dan bantuan di setiap tempat, ibu bapa boleh berasa penuh yakin daripada sebarang kebimbangan berkaitan dengan kehidupan bersendirian.
  • Lokasi: Semua bangunan Iglu terletak di lokasi sentral berhampiran universiti dan rangkaian pengangkutan kerana kami memahami kepentingan kemudahan kehidupan.
  • Kemudahan: Dengan kemudahan hebat di tempat-tempat kami seperti kawasan komunal, kawasan belajar, gym dan BBQ, fokus kami tertumpu ke arah menciptakan suasana rumah keluarga walaupun berada jauh dari kampung halaman bagi semua pelajar kami.
  • Komuniti: Dengan peluang yang kerap diadakan untuk bergaul mesra dan berintegrasi dengan rakan-rakan lain, kehidupan di Iglu bermakna anda mempunyai sebuah komuniti di tempat tinggal anda yang sudah siap tersedia.
  • Sokongan: Iglu menyokong semua penghuni kami dengan sepenuhnya, dan mempunyai kakitangan berkelayakan yang bersedia untuk membantu bila-bila diperlukan.
  • Inklusif segalanya: Dengan kos perbelanjaan inklusif segalanya yang dimaklumkan dari mula lagi, tiada apa-apa perkara mengejutkan yang perlu dibimbangkan pada penghujung setiap Semester.

Bersedia untuk langkah seterusnya?